bismillahirohmanirrahim

Wednesday, November 2, 2011

SEJARAH MASJID JELAI 3
(NURUL HUDA)

Masjid Jelai 3 telah ditubuhkan pada tahun1981.Masjid ini telah diberi nama “NURUL HUDA”.Ahli kariah ini mempunyai ahli seramai 503 yang mewakili 1 keluarga yang mempunyai 7 orang ahli keluarga.Secara terperincinya,bilangan ahli kariah ialah 3521 orang.Banyak kemudahan masjid yang ada antaranya ialah Sekolah Agama Rakyat.Sekolah ini dibina bagi memudahkan anak-anak Felda menimba ilmu agama dengan lebih mendalam.Ilmu yang boleh didapati ialah ilmu Fekah,Tauhid,Akhlak,Sirah dan lain-lain lagi.
Selain itu juga,taski juga ditubuhkan bagi anak-anak kecil mempelajari ilmu agama dari bawah dan secara asas tentang agama islam.Ini kerana bagi menerapkan nilai-nilai murni di dalam diri para pelajar dari kecil.Ini merupakan langkah-langkah yang amat bijak sekali dan bernas kerana dapat melahirkan modal insan yang berguna disamping mewujudkan nilai-nilai murni serta mengingatkan tentang dunia dan akhirat.
Pelbagi aktiviti telah diimplimentasikan di masjid ini,sumber kewangan datangnya dari hasil sewa peralatan masak dan makanan seperti cawan,pinggan,piring,khemah dan lain-lain lagi.Seterusnya,hasil kelapa sawit yang ditanam bagi memperolehi pendapatan yang tetap dan stabil.Setiap bulan masjid mendapat sumber kewangan yang mencukupi selain sumbangan orang ramai yang menderma setiap kali datang ke masjid bagi menunaikan solat. Jabatan Agama Islam juga turut memberi sedikit sumbangan.
Ahli-ahli badan masjid mengadakan mesyuarat lebih kurang 2 bulan sekali bagi mencetuskan idea-idea baru untuk memantapkan lagi kedudukan masjid dimata masyarakat serta membuat aktiviti yang berfaedah dengan menggunakan wang yang didermakan kepada masjid.Mesyuarat Agong Tahunan turut diadakan setiap tahun bagi merapatkan sillaturrahim antara ahli-ahli kariah dengan masyarakat sekeliling.
Aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun termasuklah menyambut Maulidur Rasul,10 Muharram(Hari Asyura),Israk Mikraj ,bergotong royong,memberi ceramah oleh pihak luar,qiamullail,mengadakan kelas Ta’mir dan pelbagai lagi.Setiap tahun para ahli kariah akan membuat majlis bacaan yasin bagi para pelajar yang ingin menghadapi peperiksaan UPSR,PMR dan SPM.Selain itu,Badan Masjid Bandar Baru Bangi JKK dan kemajuan Kampung Jelai bekerjasama untuk memeriahkan lagi suasana segala sambutan yang diadakan.Kebanyakan aktiviti melibatkan beberapa buah pertandingan seperti nasyid,berzanji,hafazan al-quran,taranum dan lain-lain lagi.Aktiviti seperti ini dapat membina keyakinan para pelajar untuk berhadapan dengan orang ramai serta menambahkan ilmu agama seperti menghafaz ayat-ayat al-quran serta bertaranum.Aktiviti yang digemari oleh masyarakat ialah Kelas Ta’mir,Kebanyakan golongan muda atau tua menyukainya dan menghadiri kelas berkenaan.Kelas Ta’mir diadakan dimasjid pada minggu kedua dan keempat pada pukul 2 petang hari Ahad.Kelas taranum al-quran telah ajar oleh Pn Rubiah Bt Tambi Chik yang di datangkan khas dari Bandar Baru Bangi.Beliau ialah pensyarah maktab di Bandar Baru Bangi.
Sememangnya pelbagai jasa ahli-ahli kariah masjid dan badan masjid yang telah dicurahkan kepada masyarakat sekeliling dengan semua kerjasama.Dengan adanya segala kemudahan yang disediakan ibubapa tidak perlu khuatir sekiranya mahu menghantar anak belajar tentang agama islam dengan lebih mendalam.Semuanya boleh didaftarkan di bawah Sekolah Agama Rakyat.Di samping itu,masyarakat juga boleh belajar dengan lebih mendalam tentang keagamaan yang dibantu oleh semua ahli badan-badan masjid.Dengan harapan dan kepercayaan yang diletakkan untuk mengurus masjid ini telah dilaksanakan dengan sempurna dengan bantuan semua pihak.Tanpa sokongan tidak mungkin masjid ini akan berjalan dengan lancar.Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang berkenaan dengan usaha untuk memantapkan kemudahan masjid ini serta menjalankan amanah yang diberi. Sekian terima kasih…………